Thursday, January 5, 2012

new baby



yeahhh.. mak belikan kitorg ni supaya kitorg rajin memasak. wahh.. oven lama kitorg yg jenis combine sekali dgn dapur gas tu still leh pakai lagi. tp mmg leceh sket la, almaklumla kena gesek mancis dulu bila nak hidupkan dia. la ni tekan suis letrik je, otomatik hidup. teeheee :)

ni microwave convectional oven yg kira all in one la leh masak sini. leh baking, panggang, grill semua la. tu yg best tu. setakat ni baru grill n baking cake je la. tp tak amik gambar la. nnt bila masak yg best-best baru upload sini k.

Monday, November 14, 2011

Ikan Cencaru Masak Sumbat

Mari kita masak ikan cencaru sumbat. sedap ok. bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:

  1. Ikan cencaru la of coz (tak kesah la berapa ekor dalam 2-3 pun dah cukup)
  2. Cili masak dalam 20-25 tangkai
  3. Bawang putih 7-9 ulas
Cara-cara nak masak? sonang la sangat. sap sap soi. taraaaa.... dah siap.




ok. mula-mula:
  1. Haruslah siang ikan dengan bersih tos dan kunyitkan
  2. Kisar cili masak dengan bawang putih. jangan lupa buang biji dia k. 
  3. Panaskan minyak dan masakkan sambal hingga masak. masukkan sedikit garam.
  4. Bila sambal dah masak, sumbatkan sambal pada ikan kat celah perut dan sumbat juga di bahagian tepi ikan, buat potongan serong sket la kat badan dia.
  5. Goreng ikan yang telah disumbat dengan sambal hingga masak
  6. sedia untuk dihidang
Selamat mencuba. Gambar agak comotla, sebab aku dh transfer sambal ke pinggan lain tapi tak lap. ngeeee. Tapi hati-hati la masa nk buang biji cili masak tu, lama sgt pegang nnt tangan jadi pedas. 

Tuesday, November 8, 2011

Cucur kodok @ cekodok udang

Cekodok udang sedap dihidangkan sewaktu minum petang, boleh juga dijadikan sarapan pagi. senang dan ringkas untuk membuatnya.

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3-5 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 batang daun bawang (potong dadu)
  • 6-7 ekor udang (potong dadu)
  • sedikit garam
  • air



Cara membuatnya
  • Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas
  • panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng
  • Kemudian goreng adunan hingga kuning keemasan
  • sedia untuk dihidang

Asam Pedas Melaka

abah kita org Melaka, malu la kan kalau kita masak asam pedas pun tak reti. so hari ni nak bg korang resepi asam pedas Melaka k.

Bahan-bahan 
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 25 tangkai cili kering (yg ni agak-agak la, lg merah, lg pedas, lg sedap) 
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu teh halba
  • 1 sudu teh lada hitam
  • sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Ikan (tenggiri / parang / selar pun boleh)
  • Tomato/bendi/kacang panjang sebagai sayur sampingan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
cara-cara membuatnya:
  1. Kisar kesemua bahan yang dihighlight kan
  2. Tumis halba hingga naik bau
  3. kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar
  4. tumis lagi hingga bahan tumisan tu meletup-letup effectnya. kikiki
  5. agak-agak cili dan bahan tumisan dah masak, masukkan ikan
  6. kacau ikan dengan bahan tumisan (biarkan seketika)
  7. kemudian masukkan air asam jawa (agak-agakla kemasamannya, untuk permulaan masukkan 1 sudu setengah besar asam jawa ke dalam 3/4 cawan yang berisi air) alter ikut selera sendiri k.
  8. agak-agak dah mendidih sket, masukkan tomato/bendi atau apa saje sayur yg nak masuk
  9. Jangan lupa masukkan daun kesum and bunga kantan
  10. titikkan serai
  11. bubuh sedikit garam
  12. dah menggelegak tutup api
  13. sedia untuk dihidang
kalau nak lagi terbaik, masak 2-3 jam awal sebelum makan biar rasa dia betul-betul menyengat. ngeee :))




selamat mencuba!!!

Spaghetti

SPAGHETTI BOLOGNESE ALA AIN SHALALALA

Bahan 1

spaghetti (rebus bersama titisan minyak)

Bahan 2
  • sos spaghetti Prego
  • tomato puree 2-3 sudu
  • bawang putih dicincang
  • sosej dan ayam hancur
  • cendawan butang
  • cheddar cheese (optional)
  • broccoli (ni saya tambah sendiri, sebab nk naikkan seri. boleh ke?? tibai)
  • carrot (tambah sendiri, sebab muaz suka carrot)
Cara Membuat
  1. tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan ayam hancur, tumis sehingga masak
  3. masukkan carrot yang dipotong dadu
  4. masukkan sosej, cendawan dan tumis lagi
  5. masukkan tomato puree
  6. masukkan sos spaghetti
  7. tambah sedikit air untuk bagi berkuah
  8. bila sudah menggelegak masukkan kepingan cheese
  9. kacau sehingga cheese cair
  10. celur brocolli dengan air panas (makan sebagai ulaman)
  11. sedia untuk dihidang


selamat mencuba

Ketam Bercili


semalam beli ketam kat Jusco, rasa teringin sangat nk mkn ketam. kalau aku pilih haruslah yg besar-besar. baru puas sket, hari tu kak long beli ketam kecik sgt. kikiki. kalau uols nak tau, ketam pun ada jantan ngn betina (ke aku je yg baru tau), kalau nk sedap amik ketam betina, terbaek penuh dengan isi yang gebu. kikiki. yg menentukan jantan atau betina pd ketam tu adalah pd kulit cangkerang dia kat belah belakang, tempat yg boleh selak-selak tu. kalau jantan, tempat selak dia tu tirus je, kalau betina tempat selak dia tu lebar.



ada faham?? bukan pe, kadang-kadang aku pun lupa gak. beli ketam sekali sekala, abih tu tiap kali nak beli duk asyik tanya abah mana satu jantan mana satu betina (abah mmg expert ye part beli barang-barang basah ni). bila dh tulis ni, sekurang-sekurangnya aku igtla nnt, bukan aku saje ye, tp kedua-dua akak aku pun sekali. hari tu kak long dia pegi beli ketam jantan. alahai ciput sgt isinya. (nmpk sgt kak long pun tak kenal jantan tina). hahahahaha

nak tau masak pe dgn ketam tu. oleh kerana kami membesar dalam keluarga yg mengamalkan pemakanan yang sihat, maka biasanya ketam tu masak tumis air je la. see...




sihat ok!! namun, disebabkan anak bongsu mak ni suka makan yg pedas-pedas makanya aku sendiri masak ketam aku. boleh?? hahahaha. 3 ekor ketam yg lain masak tumis air, aku punya sekor masak ketam cili. hihihi. sendiri nak makan, kena masak la kan. so..ni lah hasilnya.




hehehhe. setaaapppp. tp terlebih minyak sket.. oppss. cara-cara masak:
  1. goreng ketam dengan kunyit sampai masak (kemudian asingkan)
  2. tumis bawang merah, putih, dan halia dengan minyak gorengan ketam td
  3. masukkan cili yang dikisar
  4. tumis hingga masak
  5. tambah sedikit cili sos, tomato sos n tiram sos
  6. gaulkan ketam dengan bahan-bahan tumisan
  7. siap untuk dihidang
dan rasanya amat menyelerakan. kalau sape tgk aku makan ketam, mmg aku makan yg paling lama sekali la sebab mmg habis semua bahagian aku korek kasi licin. mmg tak membazir. ok. selamat la memasak ketam bagi sesapa yg nak mencuba.

noted: ketam di atas adalah ketam bunga :))

Monday, August 30, 2010

resepimakKita - the introduction speech

hye all,

due to my interest in cooking, resepimakKita is now available here. here la...yang you guys tgh read ni la. in this site, i would like to share "resepi mak kita" to you guys outhere. i guarantee that all recipes published here are originally from my mom hand made. this is what i called turun-temurun warisan air tangan. since from my mom, my granny, my grand grand granny and the whole family la.

this page will be my cooking reference as well, coz i'm still at the early stage to be an iron chef. ngeee. now, i am in the process to collect all the good recipes from my mom. according to family history, our ancestors are from tanah seberang. so u can imagine that we have variety kind of food yg memang sedap2 la. to be specific, it is more to masakan minang. not forget to share with u Malacca cuisine's too. pasti tangkap leleh punya.

believe me or not, my dream is to have my own restaurant, have my own catering. hehehe. some people might say it is so not me. i guess. kiki. yep. still dont know since when i am so passion in cooking. hik3x. harap-harap kekal la aura semangat masak2 ni. last but not least, again this page is build to gather all my family recipe for me, myself and also for my next generation. harap tak lekang dek panas, tak basah dek hujan. it's so called WARISAN KELUARGA.

happy cooking..daaa ;)